Tuesday, May 14, 2013

PASUKAN MAC FC RANGKUL TEMPAT PERTAMA KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATUK BANDAR SHAH ALAM 2013

PASUKAN MAC FC RANGKUL TEMPAT PERTAMA KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATUK BANDAR SHAH ALAM 2013

Pasukan Mac FC berjaya mendapat tempat pertama di dalam kategori terbuka Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam selepas menewaskan pasukan Dani FC di dalam perlawanan akhir yang penuh debaran.  Dalam aksi perlawanan akhir Pasukan Mac FC berjaya menewaskan Dani FC dengan keputusan 3-2.
Manakala itu Pasukan Pheonix  FC – B berjaya mengungguli kategori wanita apabila berjaya menewaskan pasukan Mix FC dalam perlawanan akhir dengan jaringan 2-1.  Pasukan MB Kids pula menewaskan Kelab Soccers Kids MBSA dengan jaringan 2-1 untuk mengungguli kategori bawah 12 tahun.   Hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Jaid Idham,  Pegawai Sukan,  MBSA.  

Pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam telah diadakan pada 11 dan 12 Mei bertempat di Frenzy Sport Arena,  Seksyen 16 bertujuan melahirkan golongan muda yang sihat dan aktif menyertai aktiviti berbentuk kesukanan di bandar raya Shah Alam.